Sunday, August 16, 2009

Hari Pertahanan Mutlak




Hari Pertahanan Mutlak
Hari Pertahanan Mutlak disambut pada 15 Februari dan hari ini telah membuat saya lebih memahami tentang hari itu.Ia juga mengajar saya betapa pentingnya saya harus mempertahankan negara saya.Saya juga mempelajari tentang 5 pertahanan yang penting iaitu pertahanan psikologi, pertahanan ekonomi, pertahanan sosial, pertahanan militari dan pertahanan sivil.Ia menyedarkan rakyat Singapura betapa pentingnya lima pertahanan ini.Logo Hari Pertahanan Mutlak mempunyai lima anak panah yang melambangkan lima pertahanan iaitu pertahanan psikologi, pertahanan ekonomi, pertahanan sosial, pertahanan militari dan pertahanan sivil.Kesemua anak panah ini menunjuk ke arah yang satu, ke atas.Ini menunjukkan usaha kami yang ingin mencapai objektif yang sama.Bulan sabit, bintang dan warna merah dan putih pula melambangkan bendera Singapura.Pada keseluruhannya, logo ini melambang semua warga Singapura membuat apa yang mereka mampu untuk membina sebuah negara yang lebih selamat pada masa depan.







Apa yang akan anda mempertahankan ?




No comments:

Post a Comment